top of page

TEAM WE CARE

team we care.jpg

Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Daerah Kulim YB Yeo Keng Chuan menubuhkan "Pasukan Bantuan Team We Care Kulim" untuk memberi bantuan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) dan penduduk yang menghadapi masalah kekurangan keperluan asas di daerah Kulim.
Untuk membantu golongan ini di daerah Kulim yang menghadapi kekurangan sumber makanan, Pasukan Bantuan Team We Care Kulim yang ditubuhkan selama tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan memberi bantuan kepada golongan OKU, warga emas dan keluarga yang menghadapi masalah.

Talian Hotline: 016-500 2102 (Phone/ Whatsapp).

Kandungan kerja Pasukan Bantuan Team We Care Kulim merangkumi lima perkara berikut:

1. Kesedaran/ Komunikasi: Untuk penduduk yang tidak mempunyai telefon pintar, pasukan bantuan akan membantu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang anti- wabak melalui penyiaran dan publisiti kerana mesej rasmi daripada pihak kerajaan tidak mempunyai bahasa Tamil atau Cina. Ini akan menghalangi mereka untuk menerima mesej yang betul dengan berkesan.

2. Logistik: Pasukan bantuan akan menolong untuk membeli keperluan asas kepada golongan yang tidak mampu untuk keluar membeli keperluan harian seperti golongan OKU dan warga emas yang tinggal bersendirian.

3. Perubatan: Pasukan bantuan akan memberi saringan perubatan untuk mengurangkan beban hospital dan memastikan sumber perubatan diberi keutamaan kepada mereka yang memerlukan.

4. Keperluan harian: Pasukan bantuan akan menolong golongan yang memerlukan seperti golongan B40 atau penduduk yang menghadapi masalah pergerakan untuk mendapatkan barang keperluan harian.

5. Kutipan: Pasukan bantuan akan mengumpulkan bahan asas dan agihkan kepada kumpulan yang memerlukan.

Alamat: 82, Kampung Air Merah, 09000 Kulim, Kedah.               Tel: 04-485 6236         Email. adunkulim2018@gmail.com

PKR.png
kedah logo.png
unnamed.png
bottom of page