top of page

PEMBIAYAAN BANTU PKS TERJEJAS

RM3.3 bilion bantu PKS terjejas COVID-19

Sejumlah RM3.3 bilion diperuntukkan di bawah Tabung Bank Negara Malaysia (BNM) dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) meneruskan operasi perniagaan, pekerjaan selain menggalakkan pelaburan dalam negeri.

Bantuan itu disalurkan melalui institusi kewangan peserta yang merangkumi bank-bank perdagangan, bank-bank Islam serta institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia oleh bank pusat itu.


PKS boleh membuat permohonan secara dalam talian menerusi platform rujukan pembiayaan perniagaan di laman sesawang 

Pembiayaan ini termasuklah kemudahan Bantuan Khas dengan peruntukan sebanyak RM2.0 bilion bagi membantu meringankan beban aliran tunai jangka pendek PKS yang terjejas akibat penularan COVID-19.

Menurutnya, semua institusi kewangan di bawah kawal selia oleh BNM turut menyediakan pembiayaan khas sehingga RM1 juta tanpa cagaran menerusi bantuan khas kepada PKS terjejas akibat COVID-19 selain kemudahan penyusunan dan penjadualan semula bagi perniagaan, PKS dan individu termasuk penangguhan bayaran balik.

sme.JPG
Bantuan.JPG

Alamat: 82, Kampung Air Merah, 09000 Kulim, Kedah.               Tel: 04-485 6236         Email. adunkulim2018@gmail.com

PKR.png
kedah logo.png
unnamed.png
bottom of page