

KULIM
Kulim merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Ia ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kulim.
Kulim dipercayai dibuka dan diami pada pertengahan abad 18 oleh 100 orang melayu Pattani. Nama Kulim diambil sempena pokok Kulim yang tumbuh merata tempat. Nama Asal Bandar "Kulim" mendapat namanya jolokannya daripada sejenis pokok yang dipanggil "Kulim" (nama saintifiknya Scorocarpus borneensis Becc.)
Bandar Kulim asalnya merupakan kawasan penempatan yang kecil pada era 1950-an. Kini ia merupakan tempat yang maju dengan kawasan-kawasan industri yang terletak di sekitar Bandar Kulim.

Tree Top Walk Sungai Sedim terletak di pemandangan Taman Rekreasi Sungai Sedim yang kira-kira 30 minit perjalanan dari bandar Kulim di Kedah.
Tree Top Walk Sungai Sedim adalah jalan kanopi hutan hujan terpanjang di dunia dengan panjang 925 meter dan ketinggian 26 meter di atas lantai hutan pada titik tertinggi. Jalan setapak mengikuti bentuk segi empat tepat dan menyeberangi sungai dua kali.
Puncak Gunung Bintang terletak di dalam sempadan negeri Kedah.
Gunung Bintang ialah sebuah gunung yang menjadi titik sempadan antara Kulim, negeri Kedah dan negeri Perak. Tingginya 1,862 meter dari aras laut. Ia merupakan sebahagian daripada gunung dalam deretan Banjaran Bintang yang menganjur dari Selatan Thailand.


Jam Merdeka Kulim telah berdiri megah lebih 44 tahun iaitu seusia dengan Kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. Batu asas Jam Merdeka ini telah dibuat oleh YPM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 14 Jun 1957.
Hingga Kini Jam Merdeka Kulim masih lagi menjadi mercu tanda kebanggaan penduduk Kulim.